Tuesday 11 April 2017

LIMA CARA UNTUK KEKAL FOKUS

Salam dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,


Peperiksaan semakin hampir. Mood aku nak belajar kejap naik kejap turun macam roller coaster. Tetapi sebagai pelajar matrikulasi dua tahun, aku kena 'ajar' diri aku untuk lebih fokus dan berdisiplin. Masa 'lebih' yang aku habiskan di KMNS haruslah berbaloi. Aku nak pada bulan September 2018, berebut-rebut universiti awam offer course pilihan pertama kepada aku. 😀
Meh sini aku share lima cara bagaimana aku kekal fokus.

Check it out!

So, cara pertama yang aku selalu amalkan ialah pastikan setiap malam aku akan tidur awal bagi mendapatkan rehat atau tidur yang cukup agar kekal fokus di dalam kuliah.

 Cara kedua untuk kekal fokus ialah untuk menetapkan atau menanam cita-cita yang ingin aku capai setelah tamatnya pegajian. Dengan cara ini akan membakar semangat aku untuk meneruskan perjuangan yang penuh asam garam heheheh. 

Cara seterusnya ini mungkin sedikit tidak masuk akal tapi cara ini sesuai bagi aku dan telah berkurun lamanya aku mengamalkan cara ini iaitu mendengar lagu sambil belajar. Cara ini meningkatkan lagi daya fokusku.

Aku juga mengamalkan makanan sunnah setiap pagi jika tiada kekangan iaitu dengan memakan kismis serta kurma. Kismis serta kurma bukan sahaja dapat meningkatkan fokus malahan menguatkan serta menajamkan minda kita.

 Cara terakhir untuk kekal fokus ialah kita mesti meminanti sesuatu subjek tersebut. Dengan minat akan menimbulkan rasa fokus yang mendalam. Jika kita tidak meminati subjek itu susah untuk hadirkan fokus tersebut. Jika betul-betul tidak meminanti kita perlu perlahan-lahan untuk meminati subjek tersebut. Tak kenal maka tak cinta, kan ? heheheh

So itulah serba sedikit tentang tips yang aku amalkan untuk kekal fokus dalam pelajaran! Lain orang lain caranya kan ? Selamat mencuba !!! Sekian dari saya, alissa zailani :)



GOOD LUCK FOR PSPM !!!


 

No comments:

Post a Comment